TIPS UBI KUAT SIHAT



Sediakan seulas halia sebesar ibu jari, 3 sudu madu lebah asli, 1 gram lada hitam, 1 gram lada putih, 1 gram kismis kuning dan 1 biji telur ayam kampung (diambil kuningnya saja).

Tumbuk halia, lada hitam dan lada putih sehingga lumat & masukkan ke dalam satu bekas bersih. Campurkan bahan-bahan ini dengan ramuan lainnya sehingga sebati.

Amalkanlah makan dua kali sehari pada waktu pagi & petang selama 21 hari berturut- turut. Insya-Allah, tenaga dalaman anda akan meningkat




Mati pucuk adalah igauan yang paling ditakuti lelaki.


Ini kerana ia boleh menghalang lelaki itu daripada 
melampiaskan nafsunya kepada isteri dengan sempurna.

Banyak punca terjadinya mati pucuk ini; 

- kecederaan atau penyakit otak & sistem saraf, 
- penyakit buah pinggang, 
- kecederaan pada zakar & buah zakar atau jangkitan kuman, 
- darah tinggi, 
- kencing manis, 
- penyakit di pundi kencing, 
- kurangnya keanjalan otot dan 
- faktor psikologi.

Namun sebenarnya ada satu lagi punca yang menyebabkan mati pucuk.

Ia datang daripada makanan.

Jika anda gemar makan makanan yang sejuk atau disejukkan atau makanan berair seperti sup, ia akan melemahkan zakar dalam jangka masa panjang.

Pilih makanan yang panas & buah-buahan berkhasiat untuk 
menjaga kesihatan zakar anda sehingga akhir usia.


Ini mungkin salah satu soalan yang paling sukar dijawab oleh lelaki di seluruh dunia.

Menurut kajian dari Institut Kinsey, zakar terpanjang yang pernah direkodkan ketika ia mengeras adalah 13 inci sementara yang paling pendek ialah 1.75 inci.

Sebenarnya, saiz zakar itu penting hanya & apabila anda fikir ia penting.

Jika isteri anda mahukan zakar yang besar, maka saiz zakar penting buat dirinya.

Jika anda fikir zakar anda sepatutnya lebih besar, maka saiz zakar penting 
pada anda & hanya untuk anda.

Tapi saiz zakar menjadi tidak penting apabila ianya tidak memberikan 
keseronokan kepada isteri anda.

Tak semestinya zakar besar boleh puaskan isteri berbanding 
lelaki yang anda zakar kecil.

Zakar yang kecil mampu menyentuh setiap sudut dalam lubang faraj kerana 
lubang faraj hanya sekadar 5 inci panjangnya.

Rahsia kenikmatan dan menggembirakan isteri dalam jimak tidak ada kaitan 
dengan saiz zakar.

Yang penting ialah tumpukan pada gerakan & tempo dayungan.

Percayalah, ramai wanita akan setuju bahawa saiz zakar saja tidak cukup untuk memuaskan mereka.

Oleh itu buangkanlah kebimbangan anda tentang saiz zakar anda & 
tumpukan kepada teknik & seni jimak.





Pernafasan yang betul & stabil membolehkan kita bertenang & dapat mengawal diri dengan lebih baik.

Semasa berjimak, pernafasan menjadi tidak terkawal; jantung berdegup lebih 

pantas dari normal. Jika kita bernafas pantas tanpa cara yang betul, jantung tidak digunakan dengan kapasiti yang sepenuhnya dan ini akan mengganggu kesihatan.

Menurut amalan orang dulu-dulu, teknik pernafasan merangkumi tarikan & hembusan nafas. Biasanya setelah berada di posisi awal gerakan senaman, nafas akan ditarik dengan perlahan & dalam-dalam sehingga dapat dirasakan bahawa rongga jantung dipenuhi oleh udara. Nafas biasanya akan ditahan semasa gerakan senaman dilakukan & masa yang diambil untuk menahan nafas ialah kira-kira tujuh kiraan (satu kiraan kira-kira 2 saat).

Nafas hanya akan dihembus apabila selesai gerakan senaman utama & ia dihembus dengan perlahan-lahan serentak & kembali ke posisi asal senaman.

Pernafasan yang baik juga ada berkait rapat dengan ketenangan jiwa. Bila jiwa tenang, kita akan mudah buat kerja & kurang hilang tenaga




Senaman ini dilakukan pada waktu pagi bagi mengeluarkan segala udara kotor 
yang terperangkap ketika tidur.

Caranya ialah tarik nafas dalam-dalam & hembus separuh penuh. Gerakan ini berfungsi memasukkan udara baru yang bersih & segar bagi menyihatkan paru-paru dengan menyerap oksigen hingga ke hujung urat paru-paru. 

Ia melatih paru-paru agar mengembang ke peringkat optimum.

Kebaikan senaman ini ialah ia dapat membangkitkan kekuatan otot belakang terutamanya di bahagian tengah belakang & juga menguatkan stamina jimak.




No comments:

Post a Comment