TIPS PERUT KEMPIS



Ramai yang beranggapan bahawa hanya orang yang mempunyai berat berlebihan sahaja mudah diancam masalah kesihatan.

Rupa-rupanya tidak benar.

Kajian daripada University Arizona mendapati orang yang memiliki perut buncit lebih mudah terdedah kepada penyakit kronik seperti sakit jantung.

Pengkaji cuba meneliti punca kenapa jumlah pesakit yang meninggal dunia. Jawapannya adalah kerana pesakit-pesakit tersebut mempunyai lilitan pinggang yang lebih daripada 88 sentimeter.

Langkah pencegahan awal perlu diambil untuk mengurangkan lemak berlebihan di perut sebelum terlewat.


Ramai lelaki yang ada perut buncit menghadapi masalah untuk 
menyingkirkan lemak berlebihan di perut.

Sebenarnya, ada satu petua yang anda boleh amalkan untuk 
mengempiskan perut dengan cepat.

Caranya ialah dengan senaman berat. Apabila anda mengangkat berat, tenaga banyak digunakan untuk membina otot di samping dapat membakar lemak.

Senaman squat dan deadlift adalah 2 contoh senaman terbaik. Lakukan 2 kali seminggu dengan ulangan mengikut kemampuan anda.

Walaupun senaman ini tidak boleh mengempiskan perut serta merta, tapi ia boleh menguatkan otot perut dan pinggang. Cubalah 



Tahukah anda bahawa gula merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia setakat ini?

Apabila kita mengambil terlalu banyak makanan bergula tinggi dan berkarbohidrat, ia akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah.

Lebih banyak makanan bergula diambil, lebih banyak insulin dirembes 
untuk menstabilkan paras gula.

Lama-lama, paras gula akan jadi tak stabil. Seseorang itu akan jadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga.

Akhirnya, berat badan akan naik dan mengundang pelbagai penyakit.

Oleh itu, kita digalakkan untuk mengurangkan pengambilan gula 
di dalam juadah harian. Ambil sekadar untuk rasa sahaja.


Bila bercakap tentang lemak, ramai orang akan mengaitkannya dengan kegemukan.

Lemak menjadi suatu benda yang ditakuti. Malah ada yang menggelarkannya lemak jahat sebab peranannya yang mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.

Sebenarnya ia tidak benar.

Memang ada lemak yang boleh menyebabkan penyakit tetapi ada sejenis lemak yang tidak berbahaya kepada kesihatan, malah kita digalakkan untuk mengambilnya selalu.

Lemak yang dimaksudkan ialah lemak omega-3 yang boleh didapati daripada ikan sardin, ikan tuna, ikan tenggiri dan ikan salmon.

Lemak omega-3 baik untuk membantu mengurangkan risiko mendapat sakit jantung.

Jadi amalkan pemakanan sihat dengan mengambil lemak omega-3. 
Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian ikan setiap minggu.

Jangan takut. Ia bukan lemak yang jahat


No comments:

Post a Comment